Ingin masukkan transaksi untuk tahun perakaunan yg lepas (sudah ditutup)

Published at 2016-01-30 14:16
 
Salam hormat,
 
Mohon bantuan berkaitan dengan accounting period.
 
Kami telah menutup accounting period untuk tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015, tetapi masih ada invois (invois masuk/terima) yang bertarikh pada tahun 2015 yang masih belum dimasukkan ke dalam akaun.
 
Setelah cuba memasukkan invois-invois tersebut (yang bertarikh pada tahun 2015) ke dalam senarai received invoices, sistem memaklumkan bahawa transaksi tersebut tidak dapat dilakukan kerana tarikh terima invois adalah diluar tempoh accounting period.
 
Transaksi tersebut adalah untuk penghantaran penyata GST bagi tempoh Oktober 2015 hingga Disember 2015. 
 
Mohon bantuan untuk penyelesaian masalah ini.
 
Sekian, terima kasih.

Jawapan:
Transaksi tersebut sepatutnya masih boleh dilakukan selagi encik belum close accounting period tersebut. Sekiranya Encik sudah close Accounting period tersebut, encik boleh lakukan yang berikut:

1) Masuk ke module Accounting dan tekan Menu Charts of Accounts (Overall)
2) Tekan link "Adjust Period" dalam page tersebut
3) Pilih tahun 1st January 2015 - 31st December 2015 dan tekan "Undo Closing Period" di sebelah kanan.

Selepas itu, encik patut boleh masukkan transaksi tersebut. Sekiranya encik memerlukan bantuan, harap dapat hubungi kami. Terima kasih.

Nota: Harap maklum bahawa "Undo Closing" hanya boleh dilakukan sekiranya masih belum "Finalized" dan sekiranya ia adalah tahun perakaunan yang baru sahaja lepas. Sekiranya tahun perakaunan sudah melepasi beberapa tahun, tidak boleh undo closing semula. Ini bagi memastikan data integriti dijaga dengan baik.
 


Back

Comments

uni353641
nisa.aziz@ventures.com.my
Has the answer   Assalamualaikum Encik Siron Ayob,

Terima kasih atas email yang diberikan. Transaksi tersebut sepatutnya masih boleh dilakukan selagi encik belum close accounting period tersebut. Sekiranya Encik sudah close Accounting period tersebut, encik boleh lakukan yang berikut:

1) Masuk ke module Accounting dan tekan Menu Charts of Accounts (Overall)
2) Tekan link "Adjust Period" dalam page tersebut
3) Pilih tahun 1st January 2015 - 31st December 2015 dan tekan "Undo Closing Period" di sebelah kanan.

Selepas itu, encik patut boleh masukkan transaksi tersebut. Sekiranya encik memerlukan bantuan, harap dapat hubungi kami. Terima kasih.



----
Thank you for contacting us. Our regular support hours: Mon-Fri, 9.00am to 6.00pm except Malaysia public holidays and Selangor state holidays.

Please help us to improve our customer service by completing our customer service here: https://www.surveymonkey.com/r/ventures-customer-service . Thank you for your cooperation.
 

2016-01-30 14:13

Report abuse

Add Comment