Bagaimana menyediakan Laporan GST?

Published at 2015-10-22 09:57
Untuk memproses “GST return”, sila ikut panduan seperti di bawah:
  1. Dalam submodule GST REPORTS, klik pada menu GST 03. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:


2. Pilih tempoh kena cukai (taxable period) dan klik butang Process.

3. Ringkasan GST akan ditunjukkan seperti di bawah:



 4. Lihat pada bahagian atas, kiri untuk pilihan muat turun fail.

                                                             

5.    Anda boleh memuat turun fail – dari kiri: TAP File, borang GST 03 (format PDF, Word dan Excel)

6.    Klik butang Back to List kembali melihat senarai GST 03 yang dijana.

7.    Klik Details pada GST 03 yang telah anda jana sebentar tadi untuk menyemak semula data (sekiranya perlu).

8.    Jika anda telah membuat sebarang perubahan pada data perakaunan sepanjang tempoh kena cukai tersebut, anda boleh memproses GST kembali dengan hanya menekan butang Reprocess.

9.    Sekiranya data tersebut telah muktamad, klik Finalize untuk memuktamadkan pemprosesan GST anda.

10.    Klik Claim/Pay GST sekiranya bayaran telah dibuat.

 


Back

Add Comment