Bagaimana merekod profil gaji pekerja?

Published at 2015-10-13 12:39
Akses PAYROLL 
  1. Untuk melihat senarai profil gaji, anda perlu pergi ke bahagian “Payroll Profiles” dan klik pada “View List”.
  2. Untuk melihat profil gaji mengikut perkerja, klik pada “Payroll Profile” pada nama pekerja tersebut.
  3. Isikan segala maklumat yang berkaitan dengan pekerja tersebut.



Keterangan:
 
   Keterangan
 Salary  Type  Pilih jenis gaji sama ada gaji harian, mengikut jam atau bulanan.
 Daily: Sekiranya anda pilih daily, anda perlu masukkan gaji harian dalam ruangan basic salary.  Sekiranya gaji harian pekerja tersebut adalah RM80 sehari, masukkan 80 dalam ruangan basic  salary.
 Hourly: Sekiranya anda pilih hourly, anda perlu masukkan gaji pengikut jam dalam ruangan basic  salary. Sekiranya gajinya adalah RM10 sejam, anda perlu masukkan 10 dalam ruangan basic  salary.
 Monthly: Sekiranya anda pilih monthly, anda perlu masukkan gaji bulanan dalam ruangan basic  salary. Sekiranya gajinya adalah RM2000/bulan, anda perlu masukkan 2000 dalam ruangan basic  salary.
 Salary  Payment  Frequence   Pilih berapa kali anda bayar gaji dalam sebulan.
 Sekiranya anda memilih gaji bulanan (monthly) tetapi memilih 2 kali pembayaran dalam sebulan,  sistem akan mengira gaji untuk setiap bayaran sebagai gaji bahagi kepada 2. Contohnya, sekiranya  gaji adalah RM2000 sebulan dan anda memilih 2 kali pembayaran, sistem akan mengira RM1000  secara automatic untuk setiap satu kali bayaran.
 Payroll  Group  Pilih kumpulan kiraan gaji untuk pekerja ini.
 Fixed  Allowance  Masukkan amaun untuk fixed allowance sekiranya anda ada memberikan elaun tetap kepada  pekerja anda. Elaun tetap ini akan mengikut amaun yang dimasukkan dan tiada perubahan  meskipun terdapat cuti gaji. Elaun tetap yang dimasukkan di sini tidak dikira dalam sumbangan-  sumbangan lain seperti EPF, SOCSO, etc.
 Overtime  Tekan “/” di sini sekiranya pekerja ini mempunyai kiraan untuk kerja lebih masa atau overtime.
 Bank  Pilih bank untuk tujuan pembayaran gaji untuk pekerja ini
 Bank  Account  Number  Masukkan nombor akaun bank pekerja tersebut berdasarkan bank yang dipilih.
 Currency  Pilih matawang gaji tersebut.

Seterusnya, masukkan juga maklumat-maklumat lain yang diperlukan seperti sumbangan kepada badan-badan berkanun seperti EPF, SOCSO, PCB, Zakat dan PSMB.


                                            Maklumat-maklumat berkenaan gaji pekerja tersebut yang perlu dimasukkan.

4. Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan atas halaman tersebut. 



Back

Add Comment