Bagaimana cara menambah jenis-jenis elaun atau potongan gaji?

Published at 2015-10-13 10:03
Dalam OfficeCentral, anda boleh juga menambahkan jenis-jenis elaun atau potongan gaji yang dikira semasa pemprosesan gaji. Untuk mengakses modul ini, anda perlu lakukan langkah-langkah berikut:
  1. Pergi ke modul “Payroll” dan pilih “Settings”.
  2. Seterusnya, anda klik pada bahagian “Adjustment Purpose”. Klik pada butang Add” untuk menambah jenis Adjustment Purpose yang baru.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan.



Keterangan :
   Keterangan
 Name  Nama elaun tersebut
 Shortcode   Nama pendek elaun tersebut untuk ditunjukkan di dalam slip gaji. Contohnya, untuk TRAVEL  ALLOWANCE boleh gunakan TRVALLW. Tiada format yang piawai yang perlu diikuti dan perkara ini  bergantung kepada syarikat anda sendiri.
 Description   Maklumat tambahan tentang alaun tersebut.
 Adjustment  Type  Sila pilih Adjustment Type dalam pilihan tersebut. Ini digunakan untuk menghasilkan laporan-  laporan berkaitan untuk jenis-jenis elaun/potongan gaji tersebut. Sekiranya elaun/potongan tersebut  tidak berkaitan dengan mana-mana pilihan yang disediakan, sila pilih “Others”. Contoh-contoh elaun  yang masuk ke dalam “Others” adalah seperti Elaun Kedatangan dan Elaun Makan.
 Deduction  Sekiranya jenis elaun/potongan ini merupakan potongan, sila tandakan “/” dalam kotak tersebut.
 Contribution  to EPF  Tekan dalam kotak untuk tandakan “/” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk  potongan EPF / KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
 Contribution  to SOCSO  Tekan dalam kotak untuk tandakan “/” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk  potongan SOCSO/PERKESO.
 Contribution  to PCB  Tekan dalam kotak untuk tandakan “/” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk  potongan PCB (Potongan cukai bulanan)
 Contribution  to Zakat  Tekan dalam kotak untuk tandakan “/” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk  potongan Zakat.
 Contribution  to PSMB  Tekan dalam kotak untuk tandakan “/” sekiranya anda ingin elaun/potongan ini dikira untuk  sumbangan syarikat kepada PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad).Apabila telah selesai,  tekan butang “Save” di bahagian kanan atas.


4. Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan atas.



Back

Add Comment