Bagaimana anda menambah bank yang digunakan untuk tujuan pembayaran gaji?

Published at 2015-10-12 17:39
Dalam modul Payroll ini, anda boleh menambahkan jenis-jenis bank yang ada dalam syarikat anda. Bank ini adalah bank syarikat anda dan juga bank yang digunakan oleh pekerja anda untuk pembayaran gaji.
  1. Pergi ke bahagian “Payroll”,”Settings” pergi ke Banks” dan tekan pada “Add New”.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan pada halaman tersebut untuk menambahkan bank baru yang masih belum ada di dalam sistem.




3. Maklumat yang diperlukan
 
   Keterangan
 Name  Nama Bank
 Shortcode  Nama pendek untuk bank tersebut. Contohnya jika Maybank, pada kebiasaannya  organisasi kebanyakannya gunakan “MBB” sebagai nama pendek.
 Description   Nota berkenaan dengan bank tersebut
 Address  Alamat cawangan bank tersebut sekiranya syarikat mempunyai akaun di bank ini
 Reference No  Nombor akaun syarikat sekiranya syarikat mempunyai akaun di bank ini
 Bank  Pilih jenis bank untuk tujuan penyediaan TXT file yang dihantarkan ke bank untuk tujuan  pembayaran gaji.
 
4. Apabila telah selesai, tekan butang “Create” di bahagian bawah atau tekan butang Save” di bahagian kanan atas page. Bank tersebut akan ditambahkan dalam senarai bank.


Back

Add Comment