Mengapa menggunakan tugasan penguna (User Assignment)?

Published at 2015-10-08 14:55
User Assignments” bertujuan untuk menyambungkan pengguna dan pekerja yang berkaitan. Di modul ini juga anda boleh menambahkan pengguna baru. Dengan menambahkan pengguna (atau user) di dalam sistem, ini membolehkan lebih banyak pengguna akses ke sistem OfficeCentral. Pengguna-pengguna ini boleh menggunakan sistem OfficeCentral untuk menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih pantas dan efektif. Setiap pengguna disambungkan dengan setiap pekerja bagi membolehkan aktiviti-aktiviti pengguna tersebut dihadkan berdasarkan pekerja-pekerja yang berkaitan.

  • Di sini anda boleh melihat senarai pengguna yang ada dalam syarikat anda. Kesemua pengguna yang disenaraikan akan menggunakan 1 lesen kredit untuk setiap bulan.
  • Untuk menambahkan pengguna yang baru, tekan butang “Create”.
  • Untuk menyambungkan pengguna dengan pekerja yang berkaitan, tekan butang “Assign User”.
  • Tekan butang “Details” untuk melihat meklumat pengguna.
  • Tekan butang “Unassign” untuk padamkan pengguna tersebut. Dengan memadamkan pengguna, lesen kredit anda tidak akan ditolak untuk bulan berikutnya untuk pengguna tersebut. 


Back

Add Comment