Bagaimana menambahkan cuti negeri yang diikuti oleh syarikat?

Published at 2015-10-08 13:02
State Holiday” bertujuan untuk meletakkan apa-apa jenis cuti yang diikuti oleh syarikat anda mengikut negeri masing-masing. Dengan memasukkan cuti ke dalam sistem, sistem akan mengira bilangan cuti yang diambil oleh pekerja secara automatik. Jika terdapat sebarang cuti lain yang diambil selain dari cuti yang terdapat didalam sistem ini, anda boleh menambah cuti tersebut. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai pekerja yang bekerja di negara yang berlainan, anda masih boleh menggunapakai OfficeCentral dengan berkesan.

Pergi ke "Setting", seterusnya ke "State Holiday" dan "View List". Rujuk paparan di bawah:



Keterangan:
 
 Add   Tekan butang ini untuk tambahkan cuti negeri yang baru.
 Edit   Tekan butang ini untuk mengemaskini data untuk cuti negeri tersebut.
 Delete   Tekan butang ini untuk memadamkan cuti negeri tersebut. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa    cuti tersebut hanya boleh dipadamkan sekiranya masih belum digunakan lagi. Sekiranya ia telah  digunakan, ia tidak boleh dipadamkan.

Anda boleh menekan butang “Add” untuk menambah dan link “Delete” untuk memadam mana-mana cuti yang tidak diperlukan. Link “Edit” pula digunakan sekiranya ingin mengubahsuai data tersebut.

Menambah Cuti Negeri :

  1. Masukkan negeri  dimana syarikat beroperasi.
  2. Masukkan nama cuti yang ingin diambil mengikut negeri.
  3. Pilih tarikh untuk cuti tersebut
  4. Masukkan maklumat megenai cuti tersebut

Contoh :

   State                     :  Selangor
   Name                    :  Hari Keputeraan Diraja Selangor
   Description           :  To celebrate the birthday of Selangor's King
   State Holiday Date :  8 October 2015


 


Back

Add Comment