Bagaimana cara menambah cuti umum?

Published at 2015-10-08 12:34
Public Holiday” adalah bertujuan untuk meletakkan apa-apa cuti yang diisytihar didalam negara (cuti umum) yang diikuti oleh syarikat.  Dengan memasukkan cuti ke dalam sistem, sistem akan mengira bilangan cuti yang diambil oleh pekerja secara automatik. Jika terdapat sebarang cuti lain yang diambil selain dari cuti yang terdapat didalam sistem ini, anda boleh menambah cuti tersebut.

Di Menu GLOBAL SETTING, pergi ke “Settings” tersebut dan anda akan lihat isi kandungan di dalamnya seperti “Departments”, “Locations”, “Designations”, “Job Classifications”, “Public Holidays” dan “State Holidays”. Tekan “Public Holiday”.


 
Keterangan:
 
  Add   Tekan butang ini untuk tambahkan cuti umum yang baru.
  Edit   Tekan butang ini untuk mengemaskini data untuk cuti umum tersebut.
Delete    Tekan butang ini untuk memadamkan cuti umum tersebut. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa  sesuatu jawatan hanya boleh dipadamkan sekiranya masih belum digunakan lagi. Sekiranya ia telah  digunakan, ia tidak boleh dipadamkan.

Anda boleh menekan butang “Add” untuk menambah cuti-cuti lain yang diperlukan dan link “Delete” untuk memadam mana-mana cuti yang tidak diperlukan. Link “Edit” pula digunakan sekiranya ingin mengubahsuai data tersebut.


                         Tambah Public Holiday baru

Keterangan:
 
   1   Sila pilih negara syarikat beroperasi.
   2   Masukkan nama cuti tersebut.
   3   Sila pilih tarikh cuti tersebut.
   4   Masukkan keterangan tentang cuti tersebut

Contoh:

Country                   :
 Malaysia
Name                       :  Maulidur Rasul
Description              :  Celebrate the birth of Nabi Muhammad SAW
Public Holiday Date :  12 January 2015


Nota: Anda perlu masukkan senarai cuti umum yang diikuti oleh syarikat anda setiap tahun. Sistem tidak melakukan ini secara automatik kerana banyak cuti yang tidak mempunyai tarikh yang tetap setiap tahun dan tidak kesemua syarikat mengikuti cuti yang sama.
 


Back

Add Comment