Apakah klasifikasi kerja dalam syarikat (Job Classifications)?

Published at 2015-10-08 12:08
Dalam sistem OfficeCentral, anda boleh menambahkan klasifikasi kerja dalam syarikat. Dengan ini, anda dapat mengklasifikasikan pekerja anda dengan lebih mudah. Klasifikasi pekerja digunakan untuk memberikan keistimewaan yang berlainan untuk klasifikasi pekerjaan yang berlainan seperi jumlah cuti tahunan dan sebagainya. Jika semua pekerja diberi cuti yang sama sahaja, maka tidak perlu untuk membuat apa-apa penambahan pada bahagian ini.

Di menu Global Setting, pergi ke “Settings” tersebut dan anda akan lihat isi kandungan di dalamnya seperti “Departments”, “Locations”, “Designations”, “Job Classifications”, “Public Holidays” dan “State Holidays”. Tekan “Job Classification”.



Keterangan: 
 
  Add   Tekan butang ini untuk tambahkan jawatan yang baru.
  Edit   Tekan butang ini untuk mengemaskini data untuk jawatan tersebut.
 Delete   Tekan butang ini untuk memadamkan jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa    sesuatu jawatan hanya boleh dipadamkan sekiranya masih belum digunakan lagi. Sekiranya ia telah    digunakan, ia tidak boleh dipadamkan.

Jika anda ingin membuat sebarang penambahan pada bahagian ini, tekan pada butang “Add”. Tekan pada link “Delete” untuk memadam mana-mana cuti yang tidak diperlukan. Link “Edit” pula digunakan sekiranya ingin mengubahsuai data tersebut.

CARA MENAMBAHKAN KLASIFIKASI KERJA DALAM SYARIKAT


                           Tambah Job Classification baru
 
Jika anda ingin membuat penambahan, masukkan nama kumpulan pekerja tersebut dan juga maklumat mengenai kumpulan pekerja tersebut.

Contoh:

   Name         : Practikal Student
   Description : Universities practical students
 
  1. Apabila telah selesai, tekan butang “Save” di bahagian kanan atas page.
  2. Tekan butang “Back to List” untuk kembali ke senarai klasifikasi kerja.
  3. Tekan butang “Add” untuk tambahkan lagi klasifikasi kerja yang lain. Lakukan ini berulang kali sehingga kesemua klasifikasi kerja dalam syarikat anda telah ditambah



Back

Add Comment